'Yang anda rasa saya buat salah ni kenapa? Saya tak salah' - Hamzah

2021-04-30 6,305

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini menjelaskan apa yang dilakukannya seperti yang dirakam dalam audio yang tular baru-baru ini tidak bercanggah dengan perlembagaan.

Menurut Hamzah, Suruhanjaya Pasukan Polis di mana beliau merupakan pengerusinya ada kuasa untuk menentukan sebarang urusan pertukaran pegawai kanan polis.

Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu campur tangan beliau dalam pertukaran pegawai kanan polis.

Terdahulu, Hamzah dalam rakaman audio itu antaranya menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/videos/1794942317356395