Kompaun peniaga RM50 ribu: 'Polis akan dapatkan fakta sebenar'

2021-04-28 687

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberi jaminan polis akan mendapatkan fakta sebenar berhubung kompaun RM50,000 kepada beberapa peniaga kecil, yang mendapat kritikan dan disifatkan banyak pihak sebagai tidak bertimbang rasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/176832014310310/