Ingkar SOP: Neelofa, suami, ahli keluarga dikompaun RM60,000

2021-04-27 2

Usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000 tanpa diskaun atas dua kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard bagi mengekang Covid-19.

Suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail pula dikompaun RM10,000 tanpa diskaun, atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri.

Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.