Selepas Ain Husniza Saiful Nizam mendedahkan dakwaan guru lelaki yang membuat jenaka berkaitan rogol, dia berdepan pelbagai kecaman termasuk ancaman rogol daripada seorang pelajar di sekolahnya.
Antara kritikan yang paling banyak diterima pelajar berusia 17 tahun itu adalah dia terlalu emosional dan sepatutnya menyelesaikan perkara itu secara dalaman dengan pihak sekolah.
Bagaimanapun dalam wawancara bersama Malaysiakini, Ain yang ditemani bapanya berkata dia menyuarakan perkara itu kerana tidak mahu ia berulang.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/572346