SELEPAS lapan bulan tidak aktif dalam permainan Mobile Legends, Bora kembali untuk memeriahkan segmen Game Over di mStar.
Kemunculan Bora kali ini dengan percubaan menggunakan hero baharu iaitu Gloo yang merupakan adiwira pertahanan.
Walaupun Gloo adalah hero pertahanan, pada permulaan permainan ia sukar untuk mengambil ‘damage’ daripada musuh dan membuatkannya senang untuk mati.
Jika dilihat kesemua barisan hero Mobile Legends, Gloo adalah antara hero yang mempunyai kuasa ‘crowd control’ paling banyak.
Jom kita saksikan corak permainan Bora menggunakan Gloo.