Seorang pekerja binaan warga Pakistan ditemui mati di tapak pembinaan di Jalan Ampang pada 17 April lalu
Dipercayai mangsa berusia 30 tahun itu membunuh diri setelah kecewa kerana syarikat tempat dia bekerja didakwa tidak membayar gaji selama lima bulan.
Sebelum itu, mangsa telah menyiarkan videonya di platform media sosial Tik Tok, dengan mengatakan bahawa dia "tidak boleh tahan" selepas majikannya tidak membayar gajinya.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/572240
Sekiranya anda merasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan itu, hubungi talian hotline berikut:
Pusat Kaunseling Agape Malaysia
Talian Hotline: 03-77855955 atau 7781 0800
The Befrienders
Talian Hotline: 03-79568144 atau 03-79568145
Life Line Association Malaysia
Talian Hotline: 03-42657995