Kondominium Bukit OUG terbakar, dua rumah musnah

2021-04-23 464

Dua unit kediaman di tingkat 12 sebuah kondominium musnah dalam satu kebakaran di Jalan 4/155, Bukit OUG, di Kuala Lumpur, malam semalam.

Komander Operasi Kanan Bomba, Mohamad Hafidz Yaacob berkata jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, BBP Sri Petaling dan BBP Seputeh dengan kekuatan 45 anggota dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.14 malam daripada orang awam.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, kebakaran di dua unit itu telah didapati telah mencapai sekitar 60 hingga 90 peratus kemusnahan.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber video: https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1875580662619635