Bekas polis didapati bersalah bunuh George Floyd

2021-04-21 581

Bekas pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin didapati bersalah atas kesalahan membunuh dan menyebabkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd.

Keputusan itu merupakan peristiwa penting dalam sejarah perkauman Amerika Syarikat dan satu teguran keras kepada tindakan penguatkuasaan ke atas warga kulit hitam di negara itu.

Dalam kejadian 25 Mei tahun lalu, Floyd yang ditahan polis maut setelah Chauvin menekan lutut ke lehernya selama kira-kira sembilan minit.

Laporan oleh Reuters.