Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah bercadang memecat Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.
Perkara itu didedahkan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dalam kandungan buku baru tulisan beliau berjudul 'Lim Kit Siang: Patriot, Leader, Fighter'.
Kata Liew, Mahathir bercadang membuat sedikit rombakan dengan menggantikan Yeo ketika mesyuarat kabinet berlangung pada 21 Ogos 2019.
Bagaimanapun katanya, pemimpin PH berjaya menghalang Mahathir daripada melaksanakan rombakan kabinet itu dan Yeo kekal menjadi menteri berkaitan.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/571523