Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak adalah 'tok dalang' manakala lembaga pengarah SRC International pula adalah ibarat 'boneka'.
Perumpamaan itu dibuat oleh timbalan pendakwa raya, V Sithambaram ketika pendengaran rayuan Najib untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.