Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah menjelaskan, beliau bukan menteri yang bertanggungjawab sebelum ini meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mendakwa idea untuk meratifikasi ICERD dan Statut Rom merupakan idea Saifuddin dan bukannya idea DAP.