Malaysia mungkin hadapi gelombang keempat Covid-19 - Menteri

2021-04-12 1,546

Data Kementerian Kesihatan mendapati Malaysia mungkin bakal berdepan gelombang keempat Covid-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail, kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 April 2021 untuk seluruh negara kembali meningkat iaitu 1.06.