'Dadah Jihad' seberat 650 kg bernilai RM221 juta berjaya dirampas

2021-04-08 4,209

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan cubaan menyeludup 650 kilogram pil Captagon atau dikenali sebagai 'dadah jihad' bernilai RM221.86 juta dalam satu operasi khas di Pelabuhan Barat, di sini, Isnin lalu.

Pengarah JSJN, Razarudin Husain berkata, pil Captagon dari Lubnan itu tiba di sini Ahad lalu sebelum ke negara-negara Asia Barat melalui Singapura pada Selasa lalu.

Razarudin berkata, dadah yang disimpan di dalam “aluminium floor spring” itu berjaya dikesan pihak berkuasa melalui imbasan yang menimbulkan imej yang mencurigakan.

Sumber video: https://www.facebook.com/jsjnpdrm/vid...

Free Traffic Exchange