Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjangkakan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan menarik balik penangguhan perlaksanaan Undi18, selepas tindakan itu dibantah ramai pihak.
Ini selepas Setiausaha Bersatu Hamzah Zainuddin semalam menyeru SPR untuk menyegerakan pindaan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.
Fahmi berkata demikian ketika ditemui selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Kuala Lumpur hari ini.