Undi18: Rakyat bersuara kerana tak boleh mengadu di Parlimen

2021-04-02 958

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan kerajaan menangguhkan perlaksanaan Undi18 sebagai sengaja mahu menghalang penyertaan golongan muda dalam PRU yang akan datang.

Ketika hadir memberi solidariti kepada peserta Undi18 yang disoal siasat polis, beliau juga berkata kumpulan itu hanya menggunakan hak mereka untuk bersuara memandangkan Parlimen tidak berfungsi ketika ini.