Suu Kyi mungkin tidak sedar krisis berlaku di luar - Peguam

2021-04-02 410

Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi telah didakwa melanggar undang-undang rahsia rasmi era kolonial, tuduhan paling serius dikenakan terhadap beliau, kata peguamnya pada hari Khamis.

Peguam memberitahu, Suu Kyi dan Presiden Win Myint yang ditahan berada dalam keadaan sihat semasa perbicaraan di mahkamah, tetapi tidak jelas jika mereka mengetahui situasi terkini krisis di negara itu.

Laporan oleh Reuters.