Anggota polis Jakarta telah menembak mati seorang suspek pengganas yang cuba memasuki perkarangan ibu pejabat polis di bandar itu pada petang Selasa.
Media temptan Kompas melaporkan, suspek yang ditembak mati merupakan seorang wanita berpakaian serba hitam dan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.00 petang waktu tempatan.
Beberapa video yang tular turut memaparkan suspek melepaskan beberapa tembakan sebelum dikepung dan ditembak polis.