Seorang lelaki dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pada 25 Mac lalu.
Tertuduh, Amran Abdullah, 52, yang bekerja sebagai buruh di sebuah kedai besi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Terdahulu, perbuatan tertuduh itu tular di media sosial susulan tersebarnya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ditahan polis 27 Mac lalu.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/568873
Sumber video: Media sosial