Umno mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' berhubung gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah supaya semua ahli parti memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN menarik diri serta-merta.
Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata demikian ketika ditemui media pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.