'Kalau PAS masih dengan PN, kita lawanlah. Apa nak buat?'

2021-03-28 4,885

BN sedia bertanding secara solo meskipun terpaksa berdepan dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Jelas Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu, dia yakin BN mampu mencipta kemenangan meskipun bergerak sendirian sekiranya PAS memutuskan kekal bersama Perikatan Nasional (PN).