Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup tiga kontena mengandungi pil Captagon bernilai RM5.2 bilion dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 15 Mac lepas.
Menurut Ketua Pengarah Kastam Abdul Latif Abdul Kadir, rampasan dadah terbesar dalam sejarah JKDM itu dilakukan sepasukan anggota daripada Cawangan Narkotik Kastam yang menemukan 94.8 juta biji pil dengan berat keseluruhan dianggar 16 tan di dalam lereng-lereng roda.