'Takkan berlaku, tak ada sekiranya' - Khairuddin ulas kerjasama PKR, Umno

2021-03-18 2,593

Ahli Jawatankuasa Pusat, Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tetap yakin bahawa UMNO akan kekal dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang dibina sejak 2019 lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) PPLH Komuniti antara Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA), dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi hari ini.

Khairuddin diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan UMNO.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=493182528344233