Solat jemaah di Wilayah Persekutan dibenar dengan kapasiti penuh

2021-03-18 390

Bilangan jemaah solat fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter berkuat kuasa hari ini .

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baharu itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.