Polis telah mengenal pasti pemilik akaun sebuah laman sosial yang dilihat cenderung menghasut orang ramai menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata siasatan telah dijalankan terhadap pemilik akaun Facebook 'Mujahidah Malaysia' yang mengeluarkan beberapa kenyataan mempertikaian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penggunaan kalimah Allah.