Tahniah! Ashira, Bad Indigo dah selamat bernikah... awal-awal dah rancang nak buat anak tau!

2021-03-11 459

BEKAS peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada Khamis.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ashira iaitu Syed Abdul Aziz Syed Alwi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 2.45 petang.

Dalam majlis itu, Ashira atau nama sebenar Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menerima mas kahwin sebentuk cincin.