Ahmad nafi 'kluster mahkamah' punca putus dengan Bersatu

2021-03-11 411

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menafikan bahawa 'kluster mahkamah' telah mempelopori usaha untuk memutuskan kerjasama parti itu dengan Umno.

Sebaliknya kata Ahmad, keputusan itu didorong oleh ketidakpuashatian bahagian-bahagian Umno terhadap pemimpin mereka yang telah berpaling tadah kepada Bersatu.

Istilah 'kluster mahkamah' merujuk kepada beberapa pemimpin Umno yang berdepan tindakan mahkamah atas pertuduhan rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/3067395353488076