RM52 juta rokok dirampas - Rampasan terbesar setakat ini

2021-03-10 754

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua telah merampas sejumlah RM52 juta rokok seludup selepas menahan sebuah kapal kargo di Perairan Pantai Barat berhampiran Pulau Kukup, Johor, Isnin lalu.

Sebanyak 70 juta batang rokok dirampas manakala 11 kru kapal warga asing membabitkan 10 warga Myanmar dan seorang warga Singapura turut ditahan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Abdul Rahim Jaafar berkata, rampasan rokok seludup ini merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.