Status Langkawi bertukar PKPP mulai 10 Mac - Ismail

2021-03-09 312

Status Pulau Langkawi di Kedah akan ditukarkan daripada PKP Bersyarat kepada PKP Pemulihan bermula 10 Mac, kata Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob

Menurut Ismail, ini berikutan Langkawi telah menjadi zon hijau dan dua kes Covid-19 terakhir yang direkodkan di pulau pelancongan itu adalah pada 20 Februari lalu.