Terima kerja dari iklan di Facebook, 18 ahli sindiket dalam talian ditahan polis

2021-03-09 790

Seramai 18 ahli sindiket penipuan yang menyamar sebagai kenalan mangsa, dipatahkan polis dalam satu operasi, Ahad lalu.

Ketua Polis negeri, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata modus operandi sindiket ini adalah menyamar sebagai kenalan seperti ahli keluarga dan rakan melalui panggilan telefon dan kiriman mesej untuk meminjam wang daripada mangsa.

Tambah beliau, kesemua suspek direkrut menerusi satu iklan kerja di laman sosial Facebook yang menawarkan gaji sebanyak RM2,500 sebulan dan lima peratus komisen bagi setiap tugas dilaksanakan.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/1120567768456670