‘Nak keluar duit sendiri pun susah!’
Sebahagian besar rakyat, terutama yang berada di kategori 2, kecewa dengan pengumuman syarat pengeluaran i-Sinar yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini.
Walaupun masih berpendapatan, mereka juga terjejas kesan gaji juga elaun dipotong majikan, walaupun keseluruhannya tidak mencapai 30 peratus.
Apakah masih ada sinar di hujung terowong?
Ikuti diskusi Wacana 214, MALAM INI, Selasa, 8 Disember 2020 secara langsung di semua platform media sosial SINAR HARIAN.