Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan khidmat memberi vaksin COVID-19 secara panggilan, kata Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob.
Ini kerana Malaysia telah mempunyai program vaksinasi kebangsaan dan jawatankuasa rasmi bagi melaksanakan vaksinasi tersebut.