Walaupun beberapa kali ditembak tayar, kereta suspek gesel hingga lolos

2021-02-26 27,524

Sebuah kereta jenis Proton Waja melanggar beberapa buah kenderaan termasuk sebuah lori kerana enggan menghentikan kenderaannya untuk pemeriksaan selepas diarahkan oleh anggota polis.

Susulan itu, dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek beberapa kali.

Menurut video yang dikongsikan, kenderaan suspek berjaya lolos selepas bergesel beberapa kali dengan kenderaan lain.

Kejadian ini berlaku di atas jambatan dari Tol Sg Buloh/Sieramas menghala Sri Damansara/Kepong.

Namun belum dipastikan sama ada kenderaan suspek sudah berjaya ditangkap atau tidak.

Sumber video: https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1829684497209252