Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkongsi pengalamannya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 yang menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini.
“Saya tak rasa apa-apa pun. Saya tunggu sekejap tengok dah habis, macam suntikan biasa. Jangan bimbang tampil ke hadapan bila-bila masa,” katanya pada majlis yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.
Video: Ihsan RTM
Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia