Kerajaan perlu ketuai projek mega, kembangkan semula ekonomi negara - Amirudin

2021-02-24 139

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan perlu mengepalai perlaksanaan projek-projek mega yang mampu mengembangkan semula ekonomi Malaysia dan memberi manfaat kepada rakyat.

Amirudin turut mengambil contoh projek kereta nasional yang dicetuskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang berjaya membawa Malaysia keluar daripada kemelesetan ekonomi pada tahun 80-an.

Beliau berkata demikian dalam forum maya 'Ekonomi Pasca Pandemik: Ke mana Halatuju?' yang disiarkan secara langsung di Facebook semalam.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=125800906123196&ref=watch_permalink