Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob menolak dakwaan bahawa tindakan kerajaan mengubah prosedur operasi standard (SOP) merupakan satu tindakan 'flip flop'.
Ismail menjelaskan bahawa kerajaan tidak meminda SOP sesuka hati tetapi keputusan dibuat berdasarkan keperluan semasa bagi melindungi kehidupan rakyat.