Bung jangka lebih 5 juta pelancong ke Sabah selepas ada vaksin, tamat PKP

2021-02-23 314

Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin menyasarkan 5 juta hingga ke 6 juta pelancong yang akan melancong ke Sabah selepas adanya vaksin Covid-19 dan selesainya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, Menteri Pelancongan Sabah telah memaklumkan kepadanya bahawa kementerian itu sudah bersiap sedia dengan kujungan pelancong ke Sabah pada tahun mendatang.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas sempena #umnosabah30 di facebook Umno Online, semalam.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=480022556326049&ref=watch_permalink