Hari ini seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan SPM dalam suasana negara masih berdepan pandemik Covid-19.
Antara ahli politik yang tidak ketinggalan mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SPM ialah bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik dan juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz turut mengambil kesempatan memuat naik ucapannya buat calon-calon SPM di laman Facebooknya.