Polis rampas komputer penerbit buku Tommy Thomas

2021-02-19 1,034

Pihak berkuasa merampas dua komputer daripada GerakBudaya Enterprise Sdn Bhd susulan siasatan ke atas penerbit buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas itu.

Bercakap dengan Malaysiakini, pengasas Gerakbudaya Chong Ton Sin mengesahkan bahawa siasatan dibuat terhadap buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness'.