Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi membela diri atas tuduhan penyelewengan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Najib tiba sejurus kemudian dalam kereta berasingan bagi menemani Rosmah di mahkamah pagi ini.