Kucup bibir kanak-kanak, pengasas produk kecantikan diburu

2021-02-17 6,671

Polis sedang mengesan seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.