Aktiviti sukan perseorangan dan tanpa sentuhan dibenarkan - Menteri

2021-02-11 462

Kerajaan membenarkan aktiviti sukan seperti jogging, berbasikal, senaman terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan mulai esok.

Selain itu, aktiviti sukan tenis, badminton dan ping pong untuk acara perseorangan juga akan dibenarkan.

Penggunaan fasiliti sukan komersil antaranya seperti gimnasium, dewan badminton, gelanggang tenis dan lain-lain hanya dibenar secara penjadualan.