Veteran Angkatan Tentera Malaysia era Perang Dunia Kedua, Prebet Ujang Mormin yang berusia 100 tahun meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh semalam.
Berita duka itu disahkan cucu saudara perempuannya Lailawati Jamil ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, Allahyarham Ujang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Januari lalu selepas dikesan positif Covid-19.