Polis menahan 14 individu sehingga tengah hari ini yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan bersenjatakan parang melibatkan anggota Geng 08 Sungai Besi Indah dan Geng 36 Bukit Belimbing di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras pada Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata pihaknya bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan JSJ IPD Serdang secara bersepadu telah menjalankan Ops Cantas bagi mengesan saki baki suspek.
Motif kejadian adalah perebutan kawasan jualan dadah antara Geng 08 Sungai Besi Indah dari Serdang dan Geng 36 Bukit Belimbing dari Kajang.