Thaipusam_ Perarakan, upacara keagamaan di kuil tak dibenarkan

2021-01-26 2

Sebarang perarakan dan upacara keagamaan berkaitan perayaan Thaipusam di kuil tidak dibenarkan dan penganut Hindu diarah untuk merayakannya di kediaman masing-masing, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Majlis Keselamatan Negara juga membenarkan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves mengikut SOP ditetapkan.