2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan manakala 2.5 juta pekerja akan terjejas pendapatan dan sukar meneruskan kelangsungan hidup jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan selepas 4 Februari depan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih meneliti kesan keseluruhan pelaksanaan PKP 1.0 terhadap ekonomi dan kepentingan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.