Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini 'mencabar' Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menamakan sebuah negara yang menggantung parlimen atas alasan mahu menghadapi Covid-19.
Dalam satu kenyataan bersifat menyindir di Facebook, Najib berkata tidak ada mana-mana negara bertindak mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen untuk memperkukuhkan ekonomi.