Peragut ragut beg guru bersenjatakan parang diberkas polis

2021-01-20 2,587

Seorang peragut bersenjatakan parang yang meragut seorang guru wanita di kawasan rumah kedai dua tingkat di Eco Sunctuary, Telok Panglima Garang semalam telah diberkas polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman , suspek seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun itu ditangkap di Kampung Sijangkang kira-kira jam 4 petang semalam.

Semalam, video mengenai kejadian itu tular di media sosial menunjukkan guru terbabit rebah setelah cuba melarikan diri ketika diragut dan menjerit meminta pertolongan.