Sekumpulan lelaki mohon maaf dakwa polis tendang dua lelaki hingga kemalangan

2021-01-19 2,164

Sekumpulan lelaki yang mendakwa kemalangan motorsikal dua lelaki remaja akibat ditendang polis di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, Ahad lalu, memohon maaf semalam.

Ini selepas satu video viral mendedahkan bukan anggota polis yang menendang mereka sebaliknya, dua lelaki remaja itu kemalangan akibat terbabas sendiri dan hilang kawalan.

Justeru dalam satu kenyataan, sekumpulan lelaki itu memohon maaf kerana mencetuskan provokasi hingga mendatangkan pelbagai tohmahan serta tanggapan buruk terhadap pihak PDRM.

Sebelum ini, polis turut menafi tuduhan pihaknya menendang dua remaja itu.

Gambar dan video kemalangan itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warga maya