Ayah meninggal sebab Covid-19, kanak-kanak ini dapat sokongan dari pesakit lain

2021-01-15 679

Seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan pesakit Covid-19 terpaksa berhadapan detik yang menyedihkan apabila kehilangan ayahnya akibat virus tersebut.

Visual di Instagram pengguna Fakh.rulee menunjukkan beberapa video di mana kanak-kanak lelaki tersebut yang sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Difahamkan ibunya juga sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan virus itu.

Bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak ini, satu kutipan derma kilat telah dibuat dalam kalangan pesakit yang lain.


Sumber video dari Fakh.rulee Instagram