Tengku Razaleigh disahkan positif Covid-19

2021-01-14 1

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah disahkan positif Covid-19 hari ini, lapor Astro Awani.

Menurut Astro Awani yang memetik sumber, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan beliau berada dalam keadaan sihat dan stabil.